Wednesday, 9 March 2011

~Bila hati berbicara...~

Kadang- kadang ...
apa yang kite nak tak akan jadi kenyataan,
sering mahukan yang terbaik
usaha..doa..doa...mengaharap..
tapi Dia lebih mengetahui
apa yang lebih baik kan..

Kadang- kadang..
kebahagiaan itu dianggap milik kita
bila dah bahagia aku lupa akan dunia
aku tahu ia sementara
tapi aku tetap terlupa dan leka..
bila tiba saat hilangnya
baru tersedar kita dah kehilangan semuanya..


kadang- kadang..
hati  terasa dimiliki
kehulu kehilir tanpa destinasi
mampu ke terus hidup macam ni??
bina ceritera fantasi
 seolah- olah tengah bermimpi
 mimpi dalam mimpi
untuk meneruskan diri  sendiri tidak pasti
rasa hidup dalam khayalan diri sendiri...


“Benarkanku pergi wahai si cinta”
suara jauh dari hati
tak dapat didengar oleh naluri
takut malu may be..hmmm..
Ni ke kehidupan hakiki yang aku cari?
dalam dunia realiti..??
kusutnya Fikiranku..


Sudah terluah isi terbuku
Pergilah engkau terus menjauh
Tak perlu faham aku
Sebab aku pun tak faham diri dan keinginan aku sendiri
Biarlah ku kejar bahagiaku
pergilah cari bahagia wahai hati
Tanpa aku dalam dunia itu
Itulah kehidupanmu
Lebih baik tanpa aku..mengerti ia?...

Cinta itu suci ...
Andai berpaksikan pada jalan keikhlasan
Luahan kata dalam hanfon bukan pengukur
Ayat manis dari surat cinta pun bukan petunjuk
Hadiah mahal bertimbun pun tak bermakna..
Terpulanglah pada fikiran masing-masing
Tepuk dada tanya diri..
Tak nak diaanggap ambil kesempatan
Hanya cari penyelesaian
Tak sanggup terima jawapan
Mana lebih baik....Entahlah....

Benar kata mereka...
Cinta itu buta...tiada mata untuk melihat
Mereka juga kata cinta itu racun ...
Boleh membunuh sekiranya tidak dikawal
Mereka juga kata cinta itu penawar...
Mampu mengubati segalanya...
Cinta itu hakiki...
Andai ia lahir dari cahaya hati yang ikhlas
percaya...
Cinta itu lahir dari sayang yg membibitkan kasih
Dengan kasih menimbulkan rindu
Dengan rindu terpateri dua hati yang ingin bersatu...

Tapi mampukah aku...??
Biar masa penentu diri
Mengikut apa yg telah tertulis
Kerana aku hanya pengemis tak berdaya
Tak mampu mencinta
Tak mahu dicinta
Biarpun dikata berdusta
Aku hanya mahu jiwa
Kosong dan bebas dari cinta...

Menyanyagi lebih baik dari cinta??
Kalau cinta..
Bila hilang cinta hilanglah segalanya
Kalau sayang..
Bila sudah sayang, tika hilangnya cinta, sayang itu masih ada
Sayang itu kekal
Sayang itu tetap ada dalam benci
Sayang itu yang terbaik...

####################################################################




          

No comments:

Post a Comment